top of page

MBits, MIER kerjasama lonjak pembangunan teknologi digital


Pengerusi MIER, Tan Sri Dr Kamal Salih (tiga dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas MBits Digital, Saraleana Nattaya Azmi (tiga dari kanan) bertukar dokumen kerjasama antara kedua-dua pihak.

SARA sentiasa positif dalam kehidupan dan kerjaya. FOTO: Shahril Badri Saali


KUALA LUMPUR: MBits Digital Sdn Bhd menjalin kerjasama strategik dengan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bagi melonjakkan pembangunan dan promosi teknologi digital serta transformasi ekonomi negara.

BERCITA-CITA untuk tersenarai sebagai individu berpengaruh dalam bidang teknologi maklumat. FOTO: Shahril Badri Saali


Kerjasama itu akan berteraskan perkongsian strategik dalam bidang pelaburan dan perunding kewangan bagi projek telekomunikasi antaranya ialah gentian fiber Optik nasional, infrastruktur penyebaran Rangkaian Mudah Alih 5G

dan 6G dan Penyiaran Alaf Baharu.

"Ia termasuk Platform Penyiaran Digital dan Platform E-Dagang yang berfokuskan promosi produk dan kandungan tempatan ke peringkat antarabangsa.

"MIER akan menjalankan penyelidikan yang berkecuali dalam bidang ekonomi, kewangan serta isu-isu perdagangan yang dihadapi oleh negara.

"Selain daripada itu, MIER juga akan memberi khidmat nasihat dari segi pengurusan makroekonomi dan pembangunan serta perspektif ekonomi untuk masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan bersama.

Pengerusi MIER, Tan Sri Dr Kamal Salih, berkata pihaknya teruja dengan peluang untuk mengukuhkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Beliau berkata, pandemik global masa ini amat penting untuk meningkatkan kemampuan gaya hidup digital masyarakat serta meningkatkan kehidupan mereka.

"Kami bersama dengan MBits Digital, akan dapat menggabungkan usaha untuk mempromosikan perkembangan teknologi serta memperkukuhkan Malaysia ke arah ekonomi digital.

"MIER komited untuk menyelaraskan inisiatif kerajaan dan sumber untuk mempromosikan dan memasarkan projek-projek di peringkat nasional dengan kerjasama MBits Digital dan secara amnya bertindak sebagai Perunding Kewangan dan Perlaburan Komersial kepada MBits Digital Sdn Bhd," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas MBits Digital, Saraleana Nattaya Azmi, berkata kerjasama itu demi membangunkan teknologi digital yang kita perlu bagi melonjakkan transformasi ekonomi negara.

"Perjanjian ini kena tepat pada masanya dengan pelancaran LIFE* Platform Telco-Media yang pertama di Malaysia. PLAY, Platform penyiaran OTT digital pula akan dilancarkan pada bulan Oktober ini." katanya.


 
 
 

Comentarios


© 2021 by MBits Digital Sdn Bhd

Subscribe for MBits Digital Updates!

Thanks for submitting!

bottom of page